Monday, 19 September 2011

TINGKATAN 1_BAB 7_JOHOR MENEGAKKAN SEMULA KEWIBAWAAN KESULTANAN MELAKA

1. Faktor-faktor kebangkitan Johor (kurun ke-16&17 ) kerana
a. kejatuhan Potugis di Melaka
b. kemerosotan Acheh
c. persahabatan dengan Belanda
(Belanda memberi keistimewaan perdagangan di Selat Melaka kepada Johor kerana
membalas jasa Johor membantu Belanda menyerang Potugis di Melaka)
d. kecekapan/kebijaksanaan pemerintah Johor
e. kekuatan angkatan perang
2. Perang Tiga Segi (selama 100 tahun)
a. antara Johor, Portugis dan Acheh yang hendak merebut perdagangan di Selat Melaka
05
b. Ibu negeri Johor berpindah sebagai strategi peperangan kerana ancaman luar. Ibu
kota Johor berpindah untuk mengelakkan serangan Acheh dan Portugis. 09
(Sayung Pinang  Johor Lama  Kota Tinggi  Batu Sawar)
c. Perang Tiga Segi berakhir apabila Johor bergabung dengan Belanda dan berjaya
mengalahkan Portugis di Melaka.
d. Hasilnya, perdagangan Johor maju kerana Belanda memberi keistimewaan perdagangan
kepada Johor.
3. Orang Bugis menguasai Johor secara berkahwin dengan puteri Johor, mencampuri urusan
pentadbiran Johor dan menyebabkan kemerosotan kerajaan Johor. 07 / 08

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Cikgu Sejarah Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template